
.png)
MY KAMPUNG

TENTANG PULAU LAYAK
Pulau layak adalah salah satu diantara pulau yang ada didalam jajahan Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang. Pulau Layak adalah sebuah pulau yang bagus untuk mereka yang inginkan suasana santai dan sunyi. Anggaran ketinggian Kawasan Pulau Layak di atas paras laut adalah 60 meters
​
Jika didalam peta, pulau ini berkedudukan pada lokasi 2’41’52.08 Latitude dan 103’44’5.29 Longitude. Pulau layak ini berhampiran dengan Pulau Aceh (Kelong), Pulau Sri Buat, Pulau Pisang, dan pulau pulau lain. Pulau Layak juga berhampiran dengan pantai Tanjung gemok dan pantai Penyabong. Dianggarkan 25 -30 minit menaiki boat.
​
Untuk pergi ke Pulau Layak ada 2 pilihan sama ada ingin melalui dari Tanjung Gemok, Kuala Rompin Pahang atau menggunakan laluan dari Tanjung Penyabong, Endau, Johor.


TENTANG MYKAMPUNG, PULAU LAYAK
MyKampung, Pulau Layak adalah satu satunya chalet yang berada di Pulau Layak. My Kampung telah diilhamkan oleh D'Layak Enterprise. My Kampung adalah pusat percutian yang sangat sesuai kepada pengunjung yang menginginkan suasana sunyi, damai dan pengunjung juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti menarik. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti yang tertera pada bahagian aktiviti di page bawah ini.
​
My Kampung, Layak Island pasti memberi anda satu rasa kelainan kerana My Kampung boleh dikatakan unik kerana My Kampung adalah satu satunya chalet yang berada di sebuah pulau yang tiada penghuni.
​
Kawasan pantai di My Kampung sangat unik kerana mempunyai karang yang banyak dan disebabkan karang yang banyak itu, Ianya dilihat seperti pagar yang menutup bahagian hadapan pulau layak. Antara karang yang ada disitu ialah tanduk rusa dan brain coral. Brain Coral adalah karang yang terbanyak yang ada di Pulau Layak dan mempunyai pelbagai warna menarik.


MY KAMPUNG, LAYAK ISLAND





TEMPAT PENGINAPAN
AKTIVITI
AIR & ELEKTRIK
PAKEJ
TERMA DAN SYARAT
Menyediakan tempat penginapan kepada para pengunjung.
Aktiviti yang ada dipulau layak
Berkaitan tentang air tawar, elektri dan syarat
Kami telah menyediakan beberapa pakej kepada pengunjung
Syarat yang perlu pengunjung patuhi
GALLERY
gallery yang menyimpan pelbagai aktiviti dan permandangan di MyKampung, Layak Island


.png)
FIND US
No 1, Bangunan D'Layak,
Jalan Sri Tanjung 1,
Tanjung Gemok, 26820,
Kuala Rompin, PAHANG
Tel: 018-7944339 (Wan Rusydi)
016-4279494 (Wan Rostam)
OPENING HOURS:
Mon - Fri: 7am - 10pm
​​Saturday: 8am - 10pm
​Sunday: 8am - 11pm